Assalamualaikum,
Syukur ke Hadrat Ilahi,hari ini percubaan pertama saya memulakan sebagai penulis blog.Tak pasal-pasal hati berdebar bila dapat start.hahaha...Terima Kasih to Allah kerana membawa saya kepada "www.seniaku.com" kerana saya belajar membuka blog di sana,dan terima kasih pada admin "seniaku".
Harap-harap tujuan saya didalam membina blog ini akan tercapai iaitu berkongsi apa yang saya tahu didalam apa yang saya belajar.Automotif adalah motif utama saya,kerja-kerja DIY-do it yourself- pada kenderaan saya akan dipostkan secara berperingkat.Dan kepada kaki-kaki kereta mungkin kita boleh kongsi idea atau pengalaman di sini juga.haha.
Kepada bakal-bakal pengunjung blog saya ini,harus saya terangkan dahulu bahawasanya saya bukanlah mekanik bertauliah,dan apa yang saya lakukan adalah atas tanggungan risiko sendiri pada project diy yang di buat.Dan saya juga belajar dari perkongsian pengalaman dari internet sedia ada.
Tak banyak nak kata,masih kaku..hahaha..
Sekian Sahaja,Saya adalah newbiz dalam dunia blog,segala tunjuk ajar dari senior amat dialu-alukan.
Terima Kasih
Assalamualaikum.